Resolusi Forum Masjid Serantau PDF  | Print |

Rekomendasi
Musyawarah IV
Forum Silaturrahim Kemakmuran
Masjid Serantau

 

Sesungguhnya Musyawarah ke-IV, Forum Silaturahim Kemakmuran Masjid Serantau (FORSIMAS) Kuala Lumpur 2009 yang berlangsung dari tanggal 7 sampai 9 Agustus 2009 dan dihadiri oleh 170 orang peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Myanmar, Thailand, China, Kamboja dan Singapura dengan ini merumuskan resolusi musyawarah sebagai berikut:

  1. Fungsi dan Kemakmuran Masjid-masjid mesti terus diperhebat melalui pendekatan Ri’ayah, Idaarah dan ‘Imaarah.
  2. Generasi muda mesti diperkasakan agar menjadi barisan pelapis Masjid yang berkesan.
  3. Jaringan hubungan antara pengurusan masjid-masjid serantau hendaklah diwujudkan dengan memanfaatkan Sistem Teknologi Maklumat (ICT)
  4. Satu sistem latihan lengkap dengan modulnya hendaklah diadakan bagi melatih kanak-kanak, remaja dan belia agar mencintai masjid.
  5. Negara-negara umat Islam minoriti hendaklah dibantu agar masjid-masjid di negara tersebut dapat terus berkembang dan diperkasakan.
  6. Pengurusan masjid mesilah mesra pengunjung dan bersemangat dakwah.
  7. Golongan wanita perlu diberi peranan yang lebih untuk turut memakmurkan masjid.
  8. Masjid perlu mewujudkan unit hal ehwal Mualaf bagi menarik dan mendidik orang-orang yang baru menganut Islam dan orang-orang yang ingin menganut Islam.
  9. Para Imam harus ditingkatkan profesionalismenya dan dijadikan juga pemimpin komuniti atau Kariah masjid yang berkesan.
  10. Pengurusan Masjid-masjid perlu lebih kreatif dan inovatif dalam cara pengendalian masjid agar masjid-masjid akan lebih aktif dan menarik. Ini termasuklah memanfaatkan sains dan teknologi.
  11. Perlu dibentuk gerakan masjid (Mosques movement) dengan cara menggandingkan masjid-masjid serantau dalam satu saf.
  12. Menyeru Kerajaan dan masyarakat di negara serantau agar memperbanyakkan masjid dan surau khususnya I bandar-bandar.
  13. FORSIMAS hendaklah diperkukuhkan peranannya dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:
  • Menambah dan memperbanyakkan negara anggota.
  • Mendapat pengiktirafan dan kerjasama kerajaan di negara masing-masing.
  • Mewujudkan pusat pentadbiran dan operasi yang berkesan dan boleh dibanggakan.
  • Menjadi pusat sumber dan maklumat para Imam dan pengurusan masjid untuk strategi memakmurkan masjid.
  • Mengeluarkan biasiswa pendidikan khususnya bagi membantu generasi baru masjid di negara-negara mnoriti umat Islam.
  • Membuka ruang lebih luas untuk pemuda dan wanita berperanan.
  • Menerbitkan bahan-bahan ilmiah untuk dijadikan sumber rujukan semua negara anggota.
  • Meningkatkan perhubungan dengan masyarakat sehingga dirasakan kehadiran dan peranannya.
  • Memastikan Musyawarah Tahunan berlangsung dengan sempurna dan berkesan.